Monday, May 9, 2011

Bila anak anda tidak berminat untuk makan…..

Tips dari Anast's World utk aku RE PRAKTIS dengan gigih mulai hari ini :-....

Tarik minat anak anda terhadap makanan

  • Libatkan anak di dalam memilih dan merancang menu
  • Bawa bersama ke pasar dan ambil peluang ini untuk menerangkan kepentingan pelbagai jenis makanan
  • Galakkan anak membantu semasa menyediakan makanan

Sediakan makanan yang menarik

  • Hidangkan makanan yang beraneka warna dan bentuk yang menarik
  • Gunakan peralatan yang berbagai warna dan bentuk
  • Hidangkan secara berasingan agar lebih menarik
  • Jangan mencampur semua makanan dalam satu bekas

Jadikan waktu makan saat yang menyeronokkan

  • Elakkan memarahi anak anda semasa makan***** HUHUHUHU
  • Jangan ugut anak anda untuk makan
  • Elakkan berbincang mengenai makanan yang tidak digemari di depan anak-anak
  • Galakkan anak anda makan sendiri
  • Makanlah bersama-sama

Kanak-kanak selalunya tidak boleh makan banyak pada sesuatu ketika kerana perut mereka kecil. Oleh itu, mereka perlu diberi makan 4 – 6 kali sehari. Di samping 3 hidangan utama, makanan ringan yang berkhasiat juga boleh diberikan. Walau bagaimanapun pemilihan makanan ringan haruslah daripada bahan yang mengandungi rendah kandungan garam dan gula.

Saturday, April 30, 2011

syahmi

nilah saya yg sibuk main games sampai pc saya lebammmm....


Haahhha..ini saya juga ( Syahmi)... pic ni mama saya amik pada 4 tahun dulu..masa saya merajuk ngan mama saya sebab mama saya sibuk ngan adik baru. waktu ni saya nak lari dari rumah pergi indon ikut bibik saya..eh, tapi klu di tengok2, saya ada rupa tok wan sayalah...

Tuesday, April 26, 2011

Anak nak tanya, Mak pulak tak tahu/Malas/bosan nak jawab.

Nampak tak entri 1st aku punya title?? Sebenar aku tengah layan Fesbuk tadi ...Pastu teringat pada blog aku yang baru ni..Tengah2 nak edit setting datang aura jahat untuk mencoret sesuatu.

Tapi Ini bukan kisah Customer Service yang penah kerja angkat call within 3 rings...Ini jugak bukan kisah Customer Service yang kena jawab surat2 customer ye..Dan bukan juga kisah Customer Service yang masam mencuka duduk depan kaunter pagi Jumaat sambil layan customer yang keluar masuk tau...

Ni kisah baru aku..Kisah aku dan anak2 yang aku sayangi.

Masa aku depan pc ni, ni aku sebenarnya tengah layan soklan yang pelbagai topik dari anak sulung aku..Syahmi 8 tahun... hmm soklan dia kekadang memyebabkan aku terpaksa menggunakan khidmat pakcik Google..Yelahkan, sekarang ni, internet dah bagaikan kamus & bahan paling penting dalam hidup anak anak aku... Nak tahu cara nak eja nama-nama dinousour yang pelik bagai tu pun kacang je bagi anak2 ..semua tu dengan bantuan internet. Pernah dia cakap kat aku " apalah mama ni, itu pun tak tahu.Mama sekolah dulu mesti mama banyak main" huhuhu..sampai hati dia kata aku macam tu semata2 aku tak bleh jawab soklan apakah maksud Andalusia.. hahaha

Along: Mama, mana mama letak kapal terbang kertas yang Along buat semalam?..
Mama: Along rasa Along letak kat mana?
Along: Hmmm takpelah, lain kali jelah..Mama, mana mama letak buku cara2 nak buat kapal terbang tu..
Mama: Siapa yang kemas buku tu? Along kan?
Along : yelah2..... Mama tau tak, kenapa Along suka buat Kapal terbang kertas..( sambil geledah rak buku sempat tanya lagi )
MAma: Kenapa?
Along: Along suka sebab Along suka naik Kapal terbang..Mama tahu kapal terbang apa yan paling best kat dalam dunia ni?
Mama: Tak, Kapal yang mana?
Along: Mama...mama, Kapal Terbang MAS la..itukan Kapal terbang Malaysia..Takkan Along nak suka kat Kapal Terbang Jepun pulak...Iskhhh..mama mama...Mama tahu tak kenapa Along suka Mas dari Airasia?
Mama: kenapa?
Along: Sebab Mas, pramugari kat dalam dia pakai kain tak nampak lutut..Airasia pakai skirt..Mama, kaki derang tak sejuk ke pakai skirt dalam kapal terbang?..

Hahahha..kalau aku taip lagi soklan anak aku.. sampai besokpun tak habis...Hahahhaha ...


Dengan soklan yang bertubi2 -Kekadang pernah jugak aku terpaksa suruh dia diam kejap sebab masa aku tengah serabutlah dia tanya macam2 termasuklah teka teki yang dibelajar secara tak rasmi dari teman2 sekolah agaknya..bayangkan, tengah tension anak kecik meragam dia boleh tanya" Mama, kalau TULANG dibuang T, jadi apa" ..aku jawab "Ulang"..pastu dia tanya lagi..aku jawab lagi...masuk 5 kali, aku naik hangen la..." eh along, boleh tak jangan tanya soklan yang sama"..dengan selamba dia jawab" abis, mama suruh ULANG, along ulanglah.."...arghhhhh

Tetapi secara naturalnya, kanak-kanak memang suka bertanya. Itu fitrah mereka. Kekadang aku rasa tercabar bila tak mampu menjawab soalan yang dilontarkan si anak-anak. Walhal, aku tahu, anak yang suka bertanya adalah anugerah Ilahi yang tiada tandingannya. Anak anak yang tidak diendahkan soklan2 mencabar minda ibubapa akan berpotensi menjadi anak yang kurang mahir berfikir secara logik dan akan mudah terpengaruh dengan elemen2 negatif di luar sana.

Aku juga tahu, dengan melayani semua pertanyaan mereka, mungkin sedikit sebanyak bisa membantu mereka menjadi anak yang aktif & cerdas serta cergas IQ & EQnya...Wah, terasa nak guna word EQ ni... Emotional Inteligence..hahahha, dulu sampai satu semester aku belajar pasal EQ ni..siap kena buat mini thesis lagik..alih2 bila dah berkeluarga & beranak pinak cenggini, aku lupa segala mak nenek teori2nya...Teori Piaget, Teori Miler, Teori Freud..hahahahha dan banyak lagi teori2 mAt salih yg aku kena hafal dulu...( Tapi theory dari tokoh2 ISlam takde plak aku belajar dulu huhuhuhu )...


Apapun, sebagai ibu yang sepenuh masa duduk kat rumah melayan keletah anak3 & encik somi yang dicintai, aku berdoa dan aku berharap aku akan menjadi yang terbaik untuk mereka..aku harus sedar yang layan soklan anak2 tak sama macam layan soklan2 customer yang datang ke Bank nak apply credit card hehehhe

Along tengah tanya kenapa mama sekarang ada blog & dia tak de blog..hmmm tu nak suruh aku buatkan blog jugaklah tu untuk dia..........hmmm layan anak dululah. Bye.

Sedikit doa untuk anak...jom berdoa.

Ya Allah, panjangkanlah umur anak kami ini, terangilah hatinya, teguhkanlah imannya, bagusilah amal perbuatannya, lapangkan rezkinya, dekatkanlah menuju kebaikan, jauhkanlah dari keburukan.

Ya Allah, kabulkanlah doa kami ini, agar anak kami menjadi anak yang soleh dan soleha, yang senantiasa taat kepadaMu dan berbakti kepada kedua orang tuanya”

Amin ya rabbal ‘Alamin



Tuesday, April 19, 2011

No E3 lagi

Assalamualaikum wbt...

Al kisah blog ni belum ada apa2 coretan lagi sebab me masih lagi sibuk adjust masa dengan keadaan baru, dunia baru, anak baru, rumah baru tapi suami tetap yang lama, yg satu nan dicintai... :P